Politik berdasarkan parti adalah sesuatu yang meletihkan. Hinggakan ada orang yang datang berjumpa meminta justifikasi atas sesuatu perkara yang saya sendiri tidak suka malah tidak tahu menahu.Politik kepartian merencatkan minda dan pemikiran generasi muda sekarang. Ia menyebabkan individu begitu sempit pertimbangan akalnya sehingga sukar menerima pandangan oleh pihak pembangkang(parti lawan masing-masing). Tidak kira samada ianya betul atau salah, secara sedar atau separuh sedar mereka sebenarnya hanyalah merasionalisasikan apa yang diperkatakan oleh rakan politik mereka tanpa pertimbangan akal yang tajam mahupun penyelidikan yang terperinci.
Hanya pertimbangan akal yang sihat mampu melihat kebenaran, merancang masa hadapan dengan teliti dan juga memilih keputusan yang terbaik untuk masyarakat. Sikap prejudis yang terbentuk sejak kecil lagi atas kecenderongan politik persekitaran mereka menyebabkan mereka buta bila melihat kesalahan pihak sendiri, pekak bila mendengar amaran dan teguran, dan bisu apabila pemimpin mereka yang disanjung melakukan kesilapan besar.Individu yang suka cepat menilai individu lain atas paksi politik sungguh menjijikkan dan kotor. Mereka bongkak merasakan kepuasan dalam diri kerana menjadi pejuang Tuhan mereka, pejuang hak asasi atau apa-apa sahaja yang diperjuangkannya, sedangkan perasaan itu hanyalah mainan buaian syaitan. Kata-kata aku sanggup mati demi itu, berani bunuh dia kerana menghina ini, sangat meyakinkan bahawa hidup mereka ini bermakna. Mereka ini adalah pesakit mental atau gila.
Tidak usah bangga berkata aku membaca sumber bacaan daripada kedua-dua belah pihak dan menilai. Jika otak kamu sudah gila politik kepartian, tiada gunanya. Hanya minda yang mampu mengkritik tanpa rasa takut demi kebenaran yang akan mampu melihat tembus hijab kejahilan. Adakah anda fikir anda sudah melepasinya? Ya jika anda mampu melihat dan berani menyatakan kepincangan dalam kepimpinan politik ahli-ahli agama hari ini dan ya jika anda dapat kenalpasti banyak amalan yang dianggap biasa diamalkan pendokong kerajaan sebagai korupsi.Golongan muda seharusnya menggunakan era muda untuk menerima seberapa banyak ilmu dan maklumat yang mungkin. Bukan suka menjatuhkan hukum terhadap sekelompok manusia. Inilah masa untuk kita melibatkan diri dalam dialektik yakni diskusi intelektual yang menggalakkan kita mempertimbang balik pendirian kita, mengasah ketajaman fikiran, bersifat terbuka terhadap pandangan lawan dan juga berhujah berdasarkan logik dan rasional.
Apabila saudara Shaza mengungkit budaya nepotism dan kronism, saya ingatkan beliau tentang tuduhan nepotism terhadap khalifah Uthman r.a. semasa pemerintahannya. Cepat beliau mempertahankan bahawa itu mungkin disebabkan mereka benar-benar berkelayakan.Bila saudara Tiramisu mengatakan mentaliti kita tidak akan dapat diubah oleh sesiapapun, saya kata jika ahli-ahli agama boleh mengkafirkan lawan politik mereka dan orang kita turut kafirkan mereka, kenapa tidak boleh ahli-ahli agama ini mengubah mentaliti masyarakat kita jika begitu mendalam sekali pengaruh mereka. Cuma sayang barisan ahli agama hari ini bukan terdiri daripada golongan cerdik pandai, tidak seperti semasa zaman kegemilangan Islam dulu. Saudara Tiramisu yang terkenal dengan kedegilannya akhirnya angguk setuju di akhir diskusi.
Saudara Kerang berkata parti yang disokongnya adalah parti yang memperjuangkan Islam dan patut disokong kita semua. Tidakkah beliau peka terhadap kejayaan AK Party(Justice and Development Party) di Turkey mengambil alih kuasa kerajaan melalui pilihanraya dan akhirnya menamatkan larangan memakai hijab di kampus universiti-universiti? Dan kini mereka diancam pembubaran oleh golongan sekular kerana dikatakan menyimpan agenda Islamik. Mereka ini tidak pernah melaung-laung untuk menubuh negara Islam malah menerima sistem sekular yang sudah lama terbentuk. Mereka tidak menyorok atas nama sebuah parti Islam, malah tidak sampai 10 tahun dibentuk, sedangkan parti saudara Kerang ini sudah beberapa dekad dibentuk dan apa yang telah dicapainya.Ini adalah beberapa contoh diskusi yang menarik antara saya dan rakan-rakan di sebuah lokasi rahsia(memandangkan kami dikelilingi oleh golongan fanatik sebuah parti). Masing-masing berpeluang memberi pendapat mereka berserta hujah-hujah, mendengar dengan niat ingin memahami dan menilai untuk mencari keputusan yang terbaik. Saya percaya di setiap akhir diskusi kami, masing-masing akan tersentak dengan pendirian sebelum ini dan menjadikan kami individu yang lebih matang bila ingin menilai. Kamilah golongan Ulul Albab. Walaupun majalah bulanan kami telah diubahsuai oleh pihak tak bertanggungjawab, kami akan tetap terus bersuara demi kebenaran. Tiada sesiapa boleh menghalang kami.

Oleh: Azzad bin Hamzah







In a worldview of current issues, we are able to isolate a string of problem which seems to be the fundamental cause of tension and instability worldwide. This problem is fanaticism. Media exploitation on world issues such as Israel-Palestine conflict, Darfur conflict, turmoil in South Thailand and Mindanao are indirectly pointing to this stagnant problem. Undeniably, with all these press frenzy, human race as a whole unanimously oppose this extremism which until now the world leaders are still unable to comprehend and resolve. Unfortunately, but as expected, the world has stereotyped this illness with Islam. These fanatics never seem to go tired causing hatred and a sense of terror among their proponent and opponent respectively. Thus it suitably describes their definition:









