28 Oktober 2007

Negarakuku

Assalamu’alaikum

Beberapa bulan yang lepas, suatu perkara yang kecil asalnya, diperbesarkan di media Malaysia, iaitu penghasilan satu klip video rap “negarakuku”, yang berlatarbelakangkan lagu Negaraku yang telah diubahsuai. Berbekalkan kata-kata benci dan “hina”, ianya menjadi satu pakej lengkap mengundang kontroversi.

Sebagai Negara yang berbilang agama, adalah menyakitkan hati apabila ada di antara kita yang masih tidak boleh menerima sebaliknya mengutuk amalan agama selain daripada agama kita. Di dalam kes ini, ianya melibatkan agama Islam. Alasan berdasarkan kreativiti dan konsep rap tidak sama sekali membenarkan seseorang menghina lagu patriotik Negara.
Namun, disebabkan ianya mendapat maklumbalas yang negatif pada pihak kerajaan, adalah rugi apabila tidak diberi perhatian akan kandungan lain iaitu antara luahan perasaan seseorang rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Antaranya adalah tersisih daripada peluang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan, polis dan rasuah, batasan dalam ekonomi, tindasan oleh Dasar Ekonomi Baru(DEB) dll.

Dalam membincangkan isu DEB, sebagai rakyat Malaysia kita harus faham akan sejarahnya. Selepas peristiwa 13 Mei, DEB diperkenalkan di bawah pimpinan Allahyarhan Tun Abdul Razak(. Ianya ketika itu merupakan satu langkah yang radikal iaitu memperkenalkan pertumbuhan berdasarkan ekuiti dengan bermatlamatkan penguasaan 30% ekonomi oleh orang bumiputra. Haruslah diingat bahawa rancangan ini dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bumiputra dan bukan bumiputra pada ketika itu di atas kesedaran pentingnya kestabilan kuasa ekonomi di kalangan rakyat yang berbilang kaum bagi membawa keamanan kepada negara. DEB telah diletakkan sasaran kejayaan dan mengikut perancangan akan diimplementasikan selama 20 tahun.

Namun sehingga kini, 20 tahun sudah berlalu, dan sasaran masih tidak tercapai. Pemimpin negara wajib tahu dan faham bahawa jangkamasa yang diberikan mempunyai signifikannya. DEB adalah bukan untuk selama-lamanya, kerana ianya mengandungi unsur diskriminasi. Pada asalnya, DEB dirancang supaya dapat melonjakkan atau mempercepatkan pemilikan ekuiti bumiputra di dalam ekonomi Negara kerana kita tahu kebaikan daripada pencapaian sasaran ini mengatasi keburukan diskriminasi yang terpaksa dialami, dengan syarat ianya tidak boleh berpanjangan. Kita telah sampai kepada satu tahap di mana ketegangan kaum akibat diskriminasi ini telah mula meningkat dan melampaui kebaikan daripada polisi DEB apatah lagi nilai sasaran dan realiti masih jauh berbeza. Ini diburukkan lagi dengan pembudayaan rasuah di dalam melaksanakan polisi. Perancangan yang baik, tetapi perlaksanaan yang lemah.
Sudah tiba masa untuk kerajaan memikirkan cara baru untuk mencapai penguasaan ekuiti bumiputra. Kita telah tersalah langkah di dalam perlaksanaan dan amalan rasuah yang terpaksa dipikul tidak memudahkan kita untuk meneruskan perancangan lama. Orang bumiputra harus didedahkan dengan persaingan supaya menjadi lebih kompetitif dan mampu berdikari tanpa bantuan kerajaan. Lambat laun kita akan sedari bahawa ini adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Cadangan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya diadakan medium untuk berdiskusi antara kaum berkenaan isu-isu sensitif adalah satu idea yang matang dan bernas. Ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan antara kaum. Ia juga membolehkan pihak yang merasa tertindas ketahui bahawa suara mereka didengar dan memberi peluang kepada kerajaan untuk menerangkan justifikasi polisi mereka. Untuk mengajar rakyat bersuara bebas tetapi dengan bertanggungjawab memerlukan kerajaan memberi ruang untuk mereka bersuara.
Pensyarah Psikologi, Miss Guba pernah berkata, “Why do we need negative emotions when we have positive emotions?”, “Because without negative emotions how do we know or appreciate positive emotions.”

Ianya boleh dianalogikan di dalam situasi kita. Janganlah kita tunggu negara porak poranda barulah kita mahu menghargai keamanan yang kita ada. Jika wujud golongan yang batu api di kalangan kita, janganlah kita mengipas-ngipaskannya. Janganlah kita bergaduh, marilah kita cari jalan penyelesaian bersama. InsyaAllah satu hari nanti kita semua rakyat Malaysia akan dapat melihat negara kita Malaysia bukan sebagai negaraku, bukan juga negarakuku, sebaliknya negarakita.

Reference:
Bakri Musa, 2007, Towards a competitive Malaysia.

Usul Kelab UMNO Volgograd

Assalamu’alaikum, Bismillahirrahmanirrahim,

Ketika ini wujud 2 pihak dalam Islam yang bertelagah. Golongan professional yang lebih liberal pemikirannya (bukan Islam liberal) dan ahli agama yang lebih konservatif. Ini dapat dilihat di Malaysia, Pakistan, Indonesia, Arab Saudi, malah di medan perang Palestin. Sewaktu zaman kegemilangan Islam, wujud juga golongan ahli agama yang kuno. Contohnya sewaktu Ibnu Hazm mengkaji punca penyakit, ada ahli agama yang persoalkannya, mencebiknya kerana dikatakan penyakit itu adalah balasan daripada Allah s.w.t.. Kini ahli agama mengagung-agungkan tokoh Islam lama sedangkan segolongan mereka tiada bezanya dengan golongan tersebut.

Namun polariti zaman sekarang semakin kuat antara dua pihak, sehinggakan fitnah-menfitnah dan bunuh-membunuh. Antara punca-puncanya, adalah sekularisma. Untuk mempermudahkan pemahaman, sekularisma telah mengalihkan golongan bijak pandai di kalangan umat Islam kepada bidang ilmu duniawi maka membentuk pemikiran, pemahaman dan pengamalan yang berserabut di dalam kedua-dua belah pihak.

Ianya sangat mudah, kalau kita lihat segala bidang, golongan bijak pandai adalah penerajunya, daripada bidang perniagaan, ekonomi, teknologi, perubatan hingga ke bidang pertanian(dengan bioteknologinya). Maka apabila bidang agama Islam ketandusan golongan ini, ia mencetuskan masalah terutamanya pemikiran yang sempit. Di dalam buku Fikah Luar Negara tulisan Maszlee Malik, pensyarah UIAM, beliau menilai golongan ahli agama konservatif ini dengan tepat. “…bertuhankan syeikh-syeikh mereka….taklid yang mengagungkan teks-teks lama…zaman Abassiyah.“. Pemimpin yang sedemikian tidak mampu membawa umat Islam ke arah kejayaan ataupun perubahan sebaliknya membawa penyudahan seperti peperangan, demonstrasi, kebencian yang akhirnya merumitkan lagi situasi orang Islam. Masalah ini akan dibincangkan dalam artikel yang lain.

Golongan intelektual ataupun professional pula sukar untuk menerima hukum yang diberikan sesetengah ahli agama. Ini memandangkan mereka mengeluarkan hukum tanpa mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu bidang walaupun mereka mengambil kira pendapat daripada pakar-pakar. Akhirnya agama dilihat sebagai halangan kerana golongan intelektual sendiri tidak memahami dengan sedalamnya akan asas hukum-hakam Islam.
Tidak mengejutkan atau pelik apabila kita melihat golongan profesional inilah yang menjadi para pemimpin persatuan, pertubuhan dan negara-negara Islam. Ini kerana mereka dilihat sebagai orang yang berjaya dalam bidang masing-masing dan mempunyai kredibiliti untuk memimpin sedangkan ahli-ahli agama melaungkan ‘hak’ mereka menjadi pemimpin atas dasar mereka sebagai pewaris nabi. Mereka melihat sesuatu perkara itu tidak Islamik selagi bukan mereka yang menjadi pemimpinnya.

Kebangkitan Islam di akhir zaman akan dipacu oleh golongan profesional yang mempunyai ‘latarbelakang’ agama yang kukuh. Hanya dengan cara inilah dapat kita hapuskan jurang antara 2 puak dalam Islam, pancung pemimpin mereka dan fokuskan umat Islam bersatu untuk bangkit sebagai satu tamadun yang maju. Golongan agama yang konservatif ini tidak akan berubah mahupun melihat sedikitpun kesilapan di dalam diri mereka apatah lagi mampu memikirkan kemaslahatan umat Islam secara umum.

Maka pada Perhimpunan Agung UMNO ’07 nanti, Kelab UMNO Volgograd akan membawa usul supaya kerajaan melahirkan generasi intelektual yang mempunyai pengetahuan Islam yang tinggi. Objektif ini mampu dicapai dengan:-
“Menggalakkan dan memberi bantuan kepada golongan cerdik pandai Islam di IPT tempatan untuk membuat ‘double degree’ di dalam bidang ilmu Islam”.

Diharap pada masa hadapan akan dapat dilahirkan mufti yang mempunyai ijazah ekonomi, syarikat multinasional yang dimilki oleh seorang ulama, ahli sains Islam yang mahsyur di seluruh dunia sekaligus menunjukkan Islam mempunyai tempat selain daripada masjid dan madrasah.

Semoga usul KUV akan diterima untuk mewakili usul Kelab UMNO Luar Negara di hadapan pemimpin negara nanti.

Azzad bin Hamzah
Pengerusi,
Kelab UMNO Volgograd

19 September 2007

Towards a competitive Malaysia by Bakri Musa

Salam

Bakri Musa is I believe a succesful surgeon in Silicon Valley, California. A migrated Malaysian, but seems to want to portray himself a still-a-Malaysian-inside man.

In his book, he introduced his diamond of development: Leadership, People, Culture and Geography. Some of the things that he criticised were the corruptions in the public sector, poor leadership, Malaysia's over ambitious policy, to summarise a few.

The fragmentation of Malaysian society due to the still on going New Economic Policy(NEP) which was introduced in the seventies by Tun Abdul Razak, now slitted subtly in our current policy. The NEP which was targeted to be abolished by 1990 then failed to uplift the Bumiputra's economic power but instead indulged them in an obstinate bribery circle. The advantage that was given is now considered as a deserved right of the aborigines(Ketuanan Melayu). The inability of the Malays to capitalised result in the fragmentation of the Malaysian society due to the resentment that is growing among the non-Malays.

To capitulate the level of competitiveness, government should not discourage criticism from media or individuals. With the ruling political parties controlling the mainstream media, Malaysia has dampened the local pool of intelligence who as Mr Bakri portrayed as radical, critical individual who likes to go against tradition.

Those are only a few thoughts taken from the book. The book has been enjoyable reading, not too complicated for beginners who want to experience the concept of economy. Some of the ideas such as the Brunei -Malaysia-Indonesia Free Trade Zone are outstanding. It will certainly open your mind.

You can borrow it from me.

Knowing the authors of the novels

Salam

Before reading a non-fiction novel, it is advised to "get-to-know" the profile of the author. It will prepare you on how to perceive the ideas that are projected in the novels. Some readers might easily be influenced with the heretic rethoric style of writing. An example is "The Clash of Fundamentalisms" by Tariq Ali. One would think that he is a muslim but actually he is a self-declared atheist. Though not all of his thoughts are against Islam, but his liberal revision of Islamic and world history might some of it be misintrepretated. Nevertheless, let us keep our mind open. Never limit the kind of books that we should read. Even the worst cruelest thing in this world has something that can teach us.

27 Jun 2006

"Hadis Melayu"

Dipetik dari utusan.com.my

"Ada beberapa contoh ‘hadis Melayu’ seperti melarang anak-anak kecil yang belum baligh berada dalam saf yang sama dengan orang dewasa semasa bersolat. Alasannya kerana kanak-kanak itu masih najis kerana masih belum berkhatan. Ini bermakna takrifan najis itu amat berat sedangkan dalam Islam, kanak-kanak walaupun belum berkhatan adalah bersih jika pakaiannya bersih kecualilah jika kanak-kanak itu kencing atau buang air besar. Dari segi bahasa, najis ialah sesuatu yang kotor dan mengikut syarak, najis ialah kekotoran yang menegah daripada sahnya ibadat. "

-Serius aku ingat memang camtuh.

"Begitu juga dengan ungkapan ‘tuntutlah ilmu sampai ke negeri China’, ‘cintakan negara adalah sebahagian daripada iman’, ‘kemiskinan itu menghampiri kekufuran’ dan kata-kata sahabat bukan sabda Nabi iaitu ‘bekerjalah kamu seolah-olah seolah-olah kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu mati esok hari’."

-Pengajarannya, pastikan kesahihannya dulu sebelum percaya.

24 Jun 2006

Perjuangan Human Rights

Assalamu'alaikum kepada semua sahabat,

Saban waktu kita dengar banyak isu human rights berkumandangan. Apa itu human rights?

"The basic rights and freedoms to which all humans are entitled, often held to include the right to life and liberty, freedom of thought and expression, and equality before the law."

"equality before the law"
Isu utama semestinya kesamaan hak dan taraf lelaki dan perempuan. Di dalam Al-Quran telah disebutkan mengenai kesamaan lelaki dan perempuan di sisi Allah. Namun banyak hukum ajaran yg ditunjuk oleh Islam seolah2 bertentangan dengan pendirian ini. Contoh mudah, kewajiban isteri taat kata suami, kedudukan lelaki sebagai pemimpin etc.

Adakah Islam bertentangan dengan pendirian pejuang2 human rights? Yg mana satu yg harus dipilih? Adakah Islam harus dimudah, diubah untuk memberi laluan kepada human rights yg dianggap logik dan adil? Ingatlah ianya tetap adalah ciptaan manusia, seperti demokrasi dan sebagainya.

Philosophy, demokrasi, hak asasi manusia adalah ciptaan manusia berdasarkan akal semata2 untuk mencari jalan, cara yg terbaik untuk hidup, tujuan hidup tanpa mengkaitkan dengan agama. Philosopher ini semuanya "gila"(saya belajar philosophy okay), tapi mungkin niatnya baik, tapi mereka melihat agama sebagai ciptaan ahli agama untuk kepentingan mereka sendiri.

Di manakah pendirian Islam dalam isu ini? Pada pendapat saya, human rights tidak salah di sisi Islam selagi ada batasannya. Turunnya Islam adalah untuk membatas perlakuan manusia, begitulah juga di sini. Human rights itu menjadi salah apabila manusia memperjuangkan "freedom" tanpa batasan. Sehinggakan golongan "gay" dilindungi, moral akhlak seseorang tidak boleh dipersoalkan org lain. Sinilah salahnya.

Tujuan melindungi human rights itu murni niatnya. Tapi sebagai bukti, kita dapat lihat di negara yg mengamalkan demokrasi, melindungi human rights(kononnya). Pelacuran adalah halal di sisi undang2. Adakah hak 50-50 lelaki perempuan ditonjolkan di sini? Mereka boleh kata si perempuan rela melakukannya, tiada paksaan. Tapi Islam sebagai pelindung umatnya, menyedarkan manusia bahawa di sini berlaku penindasan terhadap perempuan. Sama juga perlakuan berzina. Suka sama suka(freedom!) dijadikan alasan utk memperkukuhkan hak mereka untuk melakukan apa yg mereka suka. Biarpun mereka suka, rela, tetapi Islam tetap teguh dengan pendiriannya bahawa perempuan ditindas dalam situasi ini dan melarangnya.

Persamaan taraf lelaki dan perempuan dalam Islam adalah berbentuk "dinamik". Allah telah mencipta mereka berbeza, kebolehan berbeza maka hak dan tanggungjawap mereka berbeza. Berbezanya hak di sini bukannya hak mutlak pada satu pihak tetapi terdapat kelebihan/cenderong kepada satu pihak sesuai dengan naluri ciptaannya. Maka lelaki diberi tanggungjawab memcari nafkah keluarga, isteri mendidik anak. Bukan 100% dipegang sebelah pihak, tetapi peranannya lebih. Imbangannya wujud, contohnya

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang sahabat, kepada sapekah yang dia patut berbakti? Jawap nabi, ibumu. Ditanya dua kali lagi, jawapnya ibumu juga. Ditanya lagi, barulah dijawap bapamu.

Maka imbangan itu wujud dimana anak yang lebih disayangi dididik oleh ibunya, disuruh oleh Islam untuk lebih menyayangi dan berbakti kepada ibunya. Begitu juga dengan pemberian nafkah selepas penceraian, ini adalah lanjutan daripada hak mencari nafkah yg diberi oleh Islam kepada lelaki. Kalo anda perasan, wujudnya situasi "untung-rugi".

Namun jika pembahagian hak dan tanggungjawab yg diajar oleh Islam ini disamaratakan oleh pemikiran Barat melalui propaganda human rights, maka akan berlaku kemusnahan sistem sosial Islam. Seperti akar dan daun, masing2 memainkan peranan masing2. Tetapi jika akar ingin tumbuh meninggi dari tanah kerana ingin sama seperti daun disinar matahari, bukankah pokok itu akan tumbang. Di mana pokok akan peroleh air and mineral yang menjadi tanggungjawab akar.

Kesamaan lelaki dan perempuan yang diuar2kan oleh Islam bukanlah 50-50% dalam setiap perkara, tetapi adalah 50-50% yg wujud setelah kesinambungan semua hak dan tanggungjawab dibahagikan ditentukan oleh Allah. Sesungguhnya manusia tidak mampu untuk membahagi hak mereka secara "dinamik" melainkan Allah yang mencipta manusia dan lebih tahu apa yang lebih baik untuk ciptaannya. Subhanallah.

"freedom of thought and expression"
Kejatuhan akhlak bermula di sini. Beberapa bulan yg lepas Jawatankuasa Kebebasan Moral yg diketuai oleh Dato' Seri Nazri Aziz(Menteri di Jabatan Perdana Menteri) telah membuat usul sebulat suara supaya moral dan akhlak rakyat tidak harus dikawal oleh kerajaan. Apakah ini!!??? Begitu bodohnya seorang yg beragama Islam. Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Admad Badawi terpaksa menolak secara halus dengan alasan rasuah juga merupakan salah satu kerosakan akhlak dan harus diperangi pleh kerajaan.

Negara kita, bangsa kita, agama kita sekarang bukan sahaja ditentang oleh orang kafir, tetapi yg lagi bahaya musuh dalam selimut, iaitu org Islam sendiri yg lebih cenderong kepada pemikiran barat. Konsep human rights, demokrasi etc telah menjadi dogma dalam pemikiran generasi baru. Sehinggakan dilihat Islam menjadi beban, batu penghalang.

Human rights dan Islam hendaklah diasingkan. Sesungguhnya semua yg terbaik untuk manusia terdapat dalam Islam itu sendiri. Islam tidak perlu menyesuaikan diri, membuka pintu kepada pemikiran baru untuk diterima ramai. Walaupun tidak diterima, kebenaran itu tetap bersama Islam.

Sahabat2 sekalian, teguh lah kita bersama Islam walaupun kita dikatakan penentang kebenaran, penindas, perampas hak, mengamalkan diskriminasi. Berdirilah dan katakan jelaskan dengan baik kebenaran yg dibawa Islam.