10 Mei 2008

POLITIK KEPARTIAN

Politik berdasarkan parti adalah sesuatu yang meletihkan. Hinggakan ada orang yang datang berjumpa meminta justifikasi atas sesuatu perkara yang saya sendiri tidak suka malah tidak tahu menahu.

Politik kepartian merencatkan minda dan pemikiran generasi muda sekarang. Ia menyebabkan individu begitu sempit pertimbangan akalnya sehingga sukar menerima pandangan oleh pihak pembangkang(parti lawan masing-masing). Tidak kira samada ianya betul atau salah, secara sedar atau separuh sedar mereka sebenarnya hanyalah merasionalisasikan apa yang diperkatakan oleh rakan politik mereka tanpa pertimbangan akal yang tajam mahupun penyelidikan yang terperinci.

Hanya pertimbangan akal yang sihat mampu melihat kebenaran, merancang masa hadapan dengan teliti dan juga memilih keputusan yang terbaik untuk masyarakat. Sikap prejudis yang terbentuk sejak kecil lagi atas kecenderongan politik persekitaran mereka menyebabkan mereka buta bila melihat kesalahan pihak sendiri, pekak bila mendengar amaran dan teguran, dan bisu apabila pemimpin mereka yang disanjung melakukan kesilapan besar.

Individu yang suka cepat menilai individu lain atas paksi politik sungguh menjijikkan dan kotor. Mereka bongkak merasakan kepuasan dalam diri kerana menjadi pejuang Tuhan mereka, pejuang hak asasi atau apa-apa sahaja yang diperjuangkannya, sedangkan perasaan itu hanyalah mainan buaian syaitan. Kata-kata aku sanggup mati demi itu, berani bunuh dia kerana menghina ini, sangat meyakinkan bahawa hidup mereka ini bermakna. Mereka ini adalah pesakit mental atau gila.

Tidak usah bangga berkata aku membaca sumber bacaan daripada kedua-dua belah pihak dan menilai. Jika otak kamu sudah gila politik kepartian, tiada gunanya. Hanya minda yang mampu mengkritik tanpa rasa takut demi kebenaran yang akan mampu melihat tembus hijab kejahilan. Adakah anda fikir anda sudah melepasinya? Ya jika anda mampu melihat dan berani menyatakan kepincangan dalam kepimpinan politik ahli-ahli agama hari ini dan ya jika anda dapat kenalpasti banyak amalan yang dianggap biasa diamalkan pendokong kerajaan sebagai korupsi.

Golongan muda seharusnya menggunakan era muda untuk menerima seberapa banyak ilmu dan maklumat yang mungkin. Bukan suka menjatuhkan hukum terhadap sekelompok manusia. Inilah masa untuk kita melibatkan diri dalam dialektik yakni diskusi intelektual yang menggalakkan kita mempertimbang balik pendirian kita, mengasah ketajaman fikiran, bersifat terbuka terhadap pandangan lawan dan juga berhujah berdasarkan logik dan rasional.

Apabila saudara Shaza mengungkit budaya nepotism dan kronism, saya ingatkan beliau tentang tuduhan nepotism terhadap khalifah Uthman r.a. semasa pemerintahannya. Cepat beliau mempertahankan bahawa itu mungkin disebabkan mereka benar-benar berkelayakan.

Bila saudara Tiramisu mengatakan mentaliti kita tidak akan dapat diubah oleh sesiapapun, saya kata jika ahli-ahli agama boleh mengkafirkan lawan politik mereka dan orang kita turut kafirkan mereka, kenapa tidak boleh ahli-ahli agama ini mengubah mentaliti masyarakat kita jika begitu mendalam sekali pengaruh mereka. Cuma sayang barisan ahli agama hari ini bukan terdiri daripada golongan cerdik pandai, tidak seperti semasa zaman kegemilangan Islam dulu. Saudara Tiramisu yang terkenal dengan kedegilannya akhirnya angguk setuju di akhir diskusi.

Saudara Kerang berkata parti yang disokongnya adalah parti yang memperjuangkan Islam dan patut disokong kita semua. Tidakkah beliau peka terhadap kejayaan AK Party(Justice and Development Party) di Turkey mengambil alih kuasa kerajaan melalui pilihanraya dan akhirnya menamatkan larangan memakai hijab di kampus universiti-universiti? Dan kini mereka diancam pembubaran oleh golongan sekular kerana dikatakan menyimpan agenda Islamik. Mereka ini tidak pernah melaung-laung untuk menubuh negara Islam malah menerima sistem sekular yang sudah lama terbentuk. Mereka tidak menyorok atas nama sebuah parti Islam, malah tidak sampai 10 tahun dibentuk, sedangkan parti saudara Kerang ini sudah beberapa dekad dibentuk dan apa yang telah dicapainya.

Ini adalah beberapa contoh diskusi yang menarik antara saya dan rakan-rakan di sebuah lokasi rahsia(memandangkan kami dikelilingi oleh golongan fanatik sebuah parti). Masing-masing berpeluang memberi pendapat mereka berserta hujah-hujah, mendengar dengan niat ingin memahami dan menilai untuk mencari keputusan yang terbaik. Saya percaya di setiap akhir diskusi kami, masing-masing akan tersentak dengan pendirian sebelum ini dan menjadikan kami individu yang lebih matang bila ingin menilai. Kamilah golongan Ulul Albab. Walaupun majalah bulanan kami telah diubahsuai oleh pihak tak bertanggungjawab, kami akan tetap terus bersuara demi kebenaran. Tiada sesiapa boleh menghalang kami.



Oleh: Azzad bin Hamzah

8 ulasan:

  1. Tanpa Nama9:07 PTG

    berfikir secara intelektual. Tapi berdebat secara intelektual pun setiap orang pasti ada garis panduan prinsip dia. Apa dia prinsip anda? Demokrasi? Kapitalis? Islam? Monarki? Sekadar berdebat dan mengaku perdebatan itu secara intelek dan mematahkan hujah-hujah rakan debat anda belum lagi anda menjadikan dunia ini lebih baik. Apa yang sebenarnya cuba anda bawakan?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1:07 PTG

    Quote :
    " tentang tuduhan nepotism terhadap khalifah Uthman r.a. semasa pemerintahannya. Cepat beliau mempertahankan bahawa itu mungkin disebabkan mereka benar-benar berkelayakan "

    -----------------------------------

    Bukti yg mengatakan saudara Khalifah Umar R.A. benar2 berkelayaan :

    "The provinces were further divided into districts (more than 100 districts in the empire) and each district or main city had its own Governor, Chief judge and Amil (tax collector). The governors were appointed by Uthman and every appointment was made in writing. At the time of appointment, an instrument of instructions was issued with a view to regulating the conduct of the governors. On assuming office, the governor was required to assemble the people in the main mosque, and read the instrument of instructions before them. Uthman appointed his kinsmen as governors of four provinces: Egypt, Syria, Bosra and Kufa.[7] The kindest explanation for this reliance on his kin is that the Rashidun Empire had expanded so far, so fast, that it was becoming extremely difficult to govern, and that Uthman felt that he could trust his own kin not to revolt against him. However Shia Muslims did not see this as prudence; they saw it as nepotism, and an attempt to rule like a king rather than as the first among equals."

    Petikan dari : http://en.wikipedia.org/wiki/Uthman_Ibn_Affan

    -----------------------------------

    Allegation of nepotism how far justified?
    The Shia writers because of partisan considerations condemn the administration of Uthman in strong terms, and hold him guilty of nepotism. Most of the Sunni writers in order to give an impression of their objectivity and fairness impliedly concede that the charge of nepotism was justified against him. If we examine the issue objectively the allegation stands rebutted. There were twelve provinces in the country, but Uthman as Caliph appointed his relatives in four provinces only, namely Egypt, Syria, Kufa and Basra. In the remaining eight provinces persons other than his relatives were appointed. If Uthman was out to give high offices to his relatives, he could have appointed his family members to high offices in the other provinces as well. As he did not do so, the point that is forced to notice is that he appointed his relatives to four provinces not because he wanted to bestow high offices on his family members, but because the strategic importance of these four provinces demanded that in these provinces there should be Governors who were loyal to him and enjoyed his confidence. In the age in which Uthman lived, blood relationship could be the only guarantee for loyalty. It may be appreciated that even in the modern times when the political systems are highly developed, high- offices are bestowed on the members of the parties on the maxim that spoils belong to the victors. In the age of Uthman when the party system was not developed, only blood relations could serve as the party. As such if Uthman appointed some of his relatives as Governors no blame rests on him. He acted in public interest. It may be recalled that when Ali became the Caliph he also appointed his relatives as Governors. No blame rests on Ali for such appointments because what he did was in the best interests of the State. As such we can emphatically state that when Uthman appointed some of his relatives as Governors there was nothing wrong in that.

    Some of the writers find fault with Uthman that he appointed incapable persons as Governors. This view is incorrect and uncharitable. All the persons appointed by Uthman were capable persons of great caliber. Muawiyah was a ruler of outstanding capacity, and as a ruler and administrator he was second to none. Abdullah b Sa'ad was successful as Governor. Under his rule the revenues increased manifold. He conquered the whole of North Africa, and that was a great achievement. In Kufa, Walid enjoyed great popularity for the first five years. He conducted successful campaigns in Azarbaijan and Armenia. In Basra Abdullah bin Aamar proved to be most successful. He reconquerd the whole of Fars, Seestan, and Khurasan and even penetrated into Transoxiana. None of the Governors appointed by Uthman proved to be a failure, and it is unjust to condemn Uthman for appointing Governors who made great conquests. Uthman did not make such appointments arbitrarily. He made the appointments after assessing the merits of the persons concerned. It may be recalled that Uthman had brought up Muhammad b Huzaifa as his son. When Muhammad b Huzaifa wanted to be appointed as a Governor, Uthman did not oblige him because he did not consider him fit enough for such office. If nepotism was the sole consideration with Uthman as alleged by his critics he could have appointed Muhammad b Huzaifa to some high office. Muhammad b Huzaifa later led the agitation against Uthman. That clearly establishes that there is no substance in the allegation of nepotism against Uthman.

    Petikan : http://www.witness-pioneer.org/vil/Articles/companion/16_uthman_bin_ghani.htm

    BalasPadam
  3. Kepada kroniparti:
    Saya bukan mengata bahawa Saidina Uthman mengamalkan nepotism dengan niat membawa keuntungan bagi keluarganya, tetapi saya ingatkan bahawa tuduhan nepotism terhadap beliau pernah berlaku. Ianya saya ungkitkan supaya kita fikirkan mereka yang dilantik patut dinilai berdasarkan kelayakan. Jangan hanya disebabkan mempunyai hubungan kekeluargaan membuat kita menuduh dengan meluru. Jadi tidak timbul saya ingin menuduh Saidina Uthman mengamalkan nepotism.

    Kepada mak limah:
    Bukan sekadar hujah mereka dipatah, hujah saya juga dipatah. Di kalangan cendekiawan Islam, pasti ada yang cenderung kepada demokrasi, kapitalisma, sosialis, liberal dan sebagainya. Masing-masing mempunyai pendapat masing-masing. Tidak perlu kita menggariskan panduan khas untuk mengehadkan hujah perbincangan. Di kalangan ahli kumpulan bincang saya, mereka semua muslim. Sudah pasti kami menjaga hati dan kata kami daripada perkara yang terang-terang salah.

    Kita bermula dengan perbincangan intelektual, di masa hadapan jikalau antara kami ada yang menjadi pihak yang berkuasa, merekalah yang akan menjadi pelaksana. Saya rasa saudara berfikiran sempit untuk mengatakan perbincangan kami adalah sesuatu yang tidak berguna. Walaupun kita tidak mampu bertindak secara pragmatik dalam menangani isu Palestin-Israel, ianya tidak menghalang kita berdiskusi tentang isunya. Ke kita tak patut bincang kerana tiada hasil daripadanya.

    Saya kenal ramai orang seperti saudara yang begitu takut untuk mengeluar pendapat. Mereka hanya mengiakan apa yang dikata pemimpin mereka. Inilah punca kejatuhan tamadun Islam dahulu, apabila kita takut untuk berfikir.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama10:54 PTG

    tak dpt dinafikan tuduhan pada Saidina Othman tu mmg ada...dan tuduhan tu seperti sedia maklum adalah tuduhan palsu...tapi apa yg saudara Azzad cuba sampaikan sebenarnya ni...boleh tolong jelaskan tak...kenapa tiba2 nak membangkitkan isu kronism dan nepotism pada zaman khalifah...adakah saudara Azzad cuba nak menindas/mematahkan hujah2 golongan2 yg mengatakan kerajaan Malaysia sekarang ni mengamalkan nepotism/kronism dengan mengeluarkan/membangkitkan isu2/peristiwa2 yg berlaku di zaman Saidina Uthman?...bukankah sudah sedia maklum tidak berlaku nepotism/kronism di zaman Khalifah Uthman...semua pemimpin dipilih berdasarkan kelayakan mereka....tetapi politik negara tanah air kita ni banyak membuktikan pengamalan kronism di dalam kerajaan persekutuan atau pun kerajaan negeri...dan sudah sedia maklum perkara ni adalah benar berdasarkan pemerhatian, kajian yg telah dibuat oleh orang2 tertentu...saya dapat rasakan saudara azzad sendiri tahu dan yakin memang ada kronism dlm kerajaan Malaysia sendiri...jadi apa yg cuba saudara azzad nak bawakan di sini sebenarnya...boleh tak tolong jelaskan...adakah saudara azzad cuba nak bgtau kerajaan Malaysia begitu adil dlm pemerintahan?...begitu saksama dlm pemberian harta?...tiada korupsi dlm kerajaan Malaysia?...selepas membaca hasil coretan saudara Azzad, saya rasakan saudara Azzad cuba untuk menegakkan benang yg sudah basah...cuba untuk menuntup fakta yg sebenar dgn mengeluarkan teori2 yg saya rasa tak relevan...maaf jika saya terkasar bahasa...itu apa yg saya dpt simpulkan...jika saya tersalah tolong betulkan saya...sekarang bukan masanya untuk kita menyembunyikan fakta yg sebenar dgn mengeluarkan pelbagai hujah untuk menunjukkan yg salah tu adalah betul...yg salah tetap salah...yg betul tetap betul...selaku generasi muda, marilah kita membetulkan semula apa2 yg tersasar dalam kerajaan Malaysia itu sendiri...tak kiralah apa cara pun...nak wujudkan UMNO BARU sekali lagi ker dgn usul2 parti yg baru, nak masuk pembangkang ker...tak kisah lah...yg penting kita sama2 bangkit untuk membawa negara ke landasan yg sepatutnya...bebas dari korupsi, bebas dari kronism, bebas dari nepotism, bebas dari anasir2 negatif, bebas dari amalan rasuah, bebas dari penggunaan harta rakyat secara salah...

    maaf jika terkasar bahasa...Salam...

    BalasPadam
  5. Untuk menjawab soalan kroniparti, insyallah saya akan tulis di artikel yang akan datang.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama9:31 PTG

    tu r ko...x abis2 nak juangkan umno ko tu....tgk skrg..minyak naik...ni najib r byk cilok duit krajaan...tau duit xde sibuk nak beli jet..kapal selam la..pastu amek komisyen juta2 lak tu...sedarlah wahai saudara ku..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama9:18 PTG

    Cukup sudah perdebatan. Rakyat sudah memilih. Di sebalik segala kekurangan yg ada pada parti memerintah, jgn lupa kemajuan yg dibawa.Sesungguhnya hati mereka yg suka mengata dan melatah, hanya hadir dari hati yg kurang bersyukur.

    Perhatikan banyak negara di dunia, perbalahan akhirnya membawa keruntuhan. Bertahun2 masa diambil utk membina,mudah saja untuk meruntuhkannya.

    Sama ada UMNO atau PAS atau PKR yg memerintah, bagiku mereka semua manusia. Kekurangan pasti ada. Sejarah membuktikan bahawa pemimpin yg hebat pun akan ditentang, lihatlah pada Umar B. Abdul Aziz. Bukankah baginda mengalami pemberontakan semasa pemerintahannya.

    Saling menuduh dan membuka keaiban orang lain bukanlah jalan penyelesaian,sebaliknya memperlihatkan kebodohan masing2 tak kiralah Pak Lah atau Nik Aziz atau Anwar Ibrahim.

    Jgn mudah terpegun kepetahan Anwar, kewarakan Nik Aziz dan Harun Din mahupun Mahathir yg berpandangan jauh. Tapi terpegun lah dengan kebesaran Ilahi.

    Disebalik amar makruf nahi mungkar, jgn lupa kita ini manusia. Belajar menerima kesalahan dan kelemahan manusia.

    Yg menasihat tentang kronisme, nepotisme, rasuah dan pelbagai lagi maka berjaga-jagalah tentang dirimu, pasti Tuhan akan menguji samaada kamu atau keluarga kamu ataupun anak2mu. Jgn pulak ditempelak suatu hari nanti.

    Agama mengajar supaya bersabar apabila melihat pemimpin yg zalim, bukan nya melatah, mengata, mengutuk.

    Lihatlah kamu semua nie, jgn jadi org muda yg berilmu tapi hati mcm serigala. Memandang keaiban manusia, cepat sangat lidah berkelahi.

    Azwan

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama5:57 PTG

    sistem demokrasi dan sistem politik kepartian hanyalah semata-mata sistem yg dicipta Yahudi utk memecah belahkan bangsa-bangsa bukan Yahudi termasuk Islam.langsung tiada kebaikan dalam sistem ini.keburukannya telah kita nampak dgn jelas.hanya sistem khilafah dan sistem raja berkuasa mutlak (absolute monarchy) adalah yang terbaik untuk dijadikan sistem pemerintahan sesebuah negara.jgn tertipu dgn sistem ciptaan Yahudi.

    BalasPadam

Sila berfikir sebelum berkata.

Blog ini tidak menyokog konsep 'baling batu sorok tangan' atau dengan nama lain pengecut. Komen yang diberi tanpa nama(sekurang-kurangnya nama singkatan), tidak akan diluluskan.