28 Mac 2009

KENAPA PERLU SETIA?

Salam

Cuba bayangkan sepasang suami isteri berumur 45 tahun. Sudah berkahwin selama lebih 20 tahun. Hidup senang, berharta, mempunyai tiga orang anak. Suami berpangkat tinggi, ternama. Isteri tidak kurang hebatnya. Masing-masing sudah menampakkan wajah tua, tidak sekacak, secantik sewaktu muda dulu.



Suatu hari suami datang menghadap isteri, dan berkata, “Saya telah jatuh cinta dengan seorang wanita lain. Dan saya membuat keputusan untuk menceraikan awak.” Dia menjelaskan lagi, bahawa dia akan memberikan sebahagian daripada hartanya kepada isteri sejajar dengan haknya. Anak-anak akan dijaga bergiliran. Suami sedar isterinya sebagai wanita bekerjaya tidak akan mempunyai masalah kewangan akibat penceraian tersebut. Dia menjelaskan lagi, bahawa wanita berkenaan berumur 25 tahun, dan si isteri tidak mengenalinya.



Rentetan daripada itu, si bekas isteri terus menyambung hidup, bekerja seperti biasa, menjaga anak-anak. Daripada keringat yang terpancul daripada wajahnya, bukan faktor kewangan yang dirisaukan. Dengan siapakah dia akan menghabiskan hujung usianya? Memang anak-anak akan menjadi sumber kasih sayang, tetapi, ianya tidak sama.

Sesetengah wanita mungkin berkata mereka bukan jenis yang bergantung sepenuhnya pada suami. Mereka mampu hidup terus bersendirian. Ada pula yang berkata, mereka akan menangis, dan bertanya kenapa boleh jadi seperti ini?

Kalau cerita ini diterbalikkan, si suami, walaupun marah, namun mereka masih mampu untuk mencari pasangan baru. Bukankah ramai wanita yang gemar lelaki yang matang, stabil kewangannya? Tapi adakah lelaki muda yang berminat dengan wanita tua? Mungkin Madonna dan Demi Moore dijadikan contoh, tapi adakah semua wanita seusia mereka mempunyai kecantikan seperti mereka?

Persoalan di sini, mengapa perlu/akan seorang suami setia pada isterinya tatkala usia tersebut? Dia berharta. Jiwa dan kemahuan masih muda. Ramai wanita muda yang mendekatinya, bukan atas dasar tamak harta, tetapi keikhlasan membina rumah tangga. Mengapa si suami perlu terus setia?



Berikut adalah antara jawapan wanita yang sempat ditanya, dan yang difikirkan munasabah.

1.CINTA. Seorang lelaki seharusnya mencintai isterinya selama-lamanya. Malangnya terbukti dalam realiti, cinta bagaikan nak rak, tetapi perkahwinan hanya bertahan 2 tahun, ada satu kes 12 hari sahaja. Mungkin daripada 100 pasangan, hanya 5 sahaja yang dapat mengekalkan rasa cinta hingga usia tua.

2.BERHUTANG BUDI. Sudah 20 tahun hidup bersama, isteri menjaga rumah, memasak, menjaga anak, sampai hatikah suami menceraikan. Namun dalam generasi sekarang ini, suami pun tolong masak, kemas rumah dan jaga anak, walaupun masih segelintir.

3.SIMPATI. Tergamak ke seorang lelaki meninggalkan isterinya yang sudah tua hidup keseorangan. Bagaimana pula dengan nasib anak-anak? Antara rasa cinta terhadap seorang wanita muda dan belas kasihan terhadap isteri tua, mana agaknya yang akan menang? Zaman sekarang, bercerai dan bergilir menjaga anak sudah menjadi satu kebiasaan.

Kepada wanita, tanyalah diri anda, mengapa bakal suami anda pada usia tua nanti mahu setia dengan anda? Kepada lelaki, artikel ini bukan untuk menggalakkan anda berkahwin lagi, tetapi kasihanilah wanita.


Oleh: Ninja Kura-Kura

1 ulasan:

  1. pendekar_laut10:05 PTG

    setia?sbb bile da sebut akad nikah..jatuh hukum tggngjawab seorg suami dan ketua keluarga sekian2..selagi belum smp isteri tu wat onar..tak adil la seorg lelaki jatuhkn cerai..lols

    BalasPadam

Sila berfikir sebelum berkata.

Blog ini tidak menyokog konsep 'baling batu sorok tangan' atau dengan nama lain pengecut. Komen yang diberi tanpa nama(sekurang-kurangnya nama singkatan), tidak akan diluluskan.