Salam,
Kejadian membakar gereja di Malaysia baru-baru ni menggempar rakyat Malaysia daripada tidurnya, bahawa keamanan yang kita perolehi selama ini bukanlah atas nasib, warisan atau pemberian. Sebaliknya ianya adalah atas dasar toleransi yang wujud (walau anda tidak sedar) antara agama dan kaum di Malaysia selama ini.
Mungkin bagi ramai antara kita, ini adalah perkara yang merisaukan dan perlu diberi perhatian. Namun ada juga yang sebenarnya secara separa sedar suka melihat apa yang berlaku.
Isunya bermula 'hanya' atas sebuah 'nama', anggapan orang ramai. Namun saya percaya ia tidaklah semudah itu. Kalau hendak diringkaskan untuk pemahaman semua, ianya disebabkan kontangnya budaya berdebat dan berbeza pendapat di kalangan kita rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Dan juga, walaupun ramai di kalangan anda pembaca tidak suka membacanya, namun saya akan kata juga, ianya disebabkan sentimen 'semakin rugi' dan 'semakin dipijak'yang dirasai sesetengah bangsa.
Aik tunggu dulu. Sebelum anda mainkan permainan salah menyalah atau bangau oh bangau anda, izinkan saya merungkai sedikit sebanyak berkenaan kenyataan saya di atas. Kerana saya sudah bosan mendengar kenyataan orang yang mengguna separuh akal apatah lagi yang hatinya sarat dek perasaan benci akibat permainan politik Malaysia. Pendapat anda tidak relevan di mata saya.
Oh ahli politik di luar sana. Sampai bila anda hendak mempergunakan rakyat jelata. Kenapa anda perlu mempolitikkan isu-isu sebegini? Saya ingin jelaskan di sini untuk pembaca. Ada ahli politik di luar sana yang sengaja mengapi-apikan rakyat untuk mengikut kehendak mereka.
Anda jangan salah faham pula. Orang kerajaan dan orang pembangkang kedua-duanya. Aik mengapa orang pembangkang pula sekali? Anda tidak baca ke kenyataan salah menyalah di akhbar selepas kejadian bakar gereja berlaku. Mereka semua mengambil kesempatan untuk terus menanam perasaan benci. Golongan inilah yang sebenarnya suka secara separa sedar. Suka malah berharap ekonomi negara jatuh, suka bila FDI turun, suka bila menteri buat silap, suka tengok negara porak-poranda. Tidak kurang juga yang suka main isu perkauman, suka menindas lawan, suka mengambil rasuah. Kerana waktu inilah mereka menerjah peluang dan mengambil kesempatan.
Ahli politik sepatutnya terdiri daripada negarawan. Tahukah anda apa itu negarawan? Mereka yang meletakkan kepentingan negara lebih daripada diri dan parti. Mereka akan cuba menyelesaikan masalah bukan kerja salah menyalah. Di saat inilah kita lihat harimau mana yang menunjuk belang.
Pendirian saya mudah di dalam isu nama Allah. Kedua-dua belah pihak mempunyai hujah yang munasabah. Saya boleh hidup dengan keputusan yang menyebelahi mana-mana pihak.
Namun menjadi tabiat mentaliti rakyat Malaysia yang tidak menghormati lawannya. Sebaliknya memperlekeh, memperbodoh, membenci dan menolak mentah hujah lawan. Inilah yang berlaku di dalam isu ini. Apabila sebahagian umat Islam dan bukan Islam menolak/menegah penggunaan nama Allah di akhbar Catholic Daily, mereka digambarkan sebagai kolot, ekstremis, didalangi UMNO, bodoh, tidak berpengetahuan(tidak tahu Kristian Arab dan Indonesia juga guna Allah). Apabila sebahagian umat Islam dan Kristian menyokong/membenar penggunaan nama Allah, mereka dilabel sebagai cuba mengelirukan umat Islam, cuba menyebar agama Kristian, menjual agama sendiri, cuba meraih undi.
Jadi bukan hujah dijadikan kayu pengukur. Kerana walaupun mereka baca dan dengar, sebenarnya mereka buta dan pekak. Perasaan takut atau benci menghalang diri daripada mempertimbangkan hujah lawan dek kerana sentimen politik. Jadi hasilnya tuduh menuduh, salah menyalah jadi pertukaran di dalam perdebatan.
Bayangkan kenyataan berikut:-
Kerajaan akan membina rumah kos rendah untuk rakyat miskin. Maklumbalas: Bagus.
Kerajaan UMNO akan membina rumah kos rendah untuk rakyat miskin. Maklumbalas: Celaka UMNO. Kau halau penduduk rumah setinggan dari rumah yang dah didiami lebih 50 tahun. Ni mesti orang UMNOputra yang dapat kontrak punya pasal. Inilah keadilan di Bolehland. Semua boleh.
Maka saya menyeru anda pembaca semua, mencari mereka yang berbeza pendapat dengan anda di dalam isu nama Allah, isu politik negara, rasuah, badan kehakiman, polis, polisi ekonomi, DEB, hak orang melayu dan sebagainya. Ajak mereka duduk dan bertukar pendapat sambil minum teh atau kopi.
Percayalah walaupun lawan kita berbeza agama dan bangsa, memang orang jahat, kafir, kufur, nampak bodoh, bersifat perkauman, di sebalik setiap hujah-hujah mereka, pasti ada kebenarannya walaupun sedikit. Namun yang sedikit-sedikit inilah yang akan mengajar kita melihat sesuatu isu pada pandangan yang berbeza dan menjadikan kita lebih matang.
Antara perbualan saya dengan kawan beragama Buddhist semasa makan tengahari sama-sama di McDonald pada suatu hari:
Bermula dengan,
Dr TKJ: Azzad kalau seorang perempuan yang berpakaian seksi dirogol seorang lelaki, siapa yang kamu salahkan?
Dr Azzad: Hahaha. Hmmm(pura-pura berfikir lama). Saya salahkan lelaki itu. Kamu jangan percaya sangat Nik Aziz tu.
Dr TKJ: Patut ke seorang yang mencuri kena potong tangan?
Setelah 1 jam setengah berdebat,
Dr TKJ: Saya ada kawan Kristian yang macam kamu jugak Azzad.
Dr Azzad: Oh ye ke? Perkenalkanlah pada saya.
Dr TKJ: Taknak, nanti kamu mesti bergaduh punya. Haha.
Dr Azzad: Manader, saya berfikiran terbuka.
Perbualan di atas telah diubahsuai mengikut selera penulis.
Penulis malas mencari gambar untuk artikel kali ini.
09 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Haha, betui betui. Aku tengok sempat lagi opposition ngan UMNO guna isu nih nak berpolitik. BN kena ambik tanggungjawab la, it happened inside Opposition territory la. Ketidakgunaan politikus-politikus kita memang idol material, haha.
BalasPadamSalam azzad.
BalasPadamPost yang menarik..dan ini sekarang masalah kita, dunia dah dipenuhi dengan orang yang taksub parti, suka mendengar kutukan orang lain lebih-lebih lagi yang ditujukan kepada bangsa sendiri - mereka fikir mereka akan dianggap hero yang adil dan saksama, mereka orang yang sudah mencapai tahap intelektual yang tinggi dan sebagainya.
Sarcasm itu bagi saya, tak ada bezanya dengan bersifat prejudis. Saya ingin menggunakan kata-kata Uthman el-Muhammady, saya panggil orang-orang ini sebagai orang yang mengamalkan intellectual barbarism. Kutukan tak membawa apa-apa, tapi kita harus bekerja mencari penyelesaian.
Saya memang sangat penat dengan permainan semua orang.
Hi my friend,
BalasPadamI totally agree with you. First of all, people need to talk. And those who are talking must be someone really professional in these matters. Then they must talk with proper analytical details. Then they should come to a conclusion. As for what i know, both Christians & Muslims, do use the word "Allah" to refer their God(s). Thus both parties must understand the right of each other and make a good and rational decision and solve out this issue smoothly. Not like what happened to the 3 Church. The same thing goes for whatever sensitive issue at Malaysia.