Menongkah Arus
Sigmund Freud ada melontarkan kenyataan yang menarik berkenaan wanita. Mengikut struktur model beliau berkenaan psyche(Id, ego dan super-ego), beliau mengatakan wanita membentuk super-ego yang lemah disebabkan mereka tidak memiliki penis(hahaha). Tanpa penis, mereka tidak mampu membentuk castration complex, yang penting dalam membentuk super-ego. Dengan super-ego yang lemah, mereka kurang mampu bersifat kritikal, mengawal diri dan menjunjung nilai moral. `
Dalam dunia sekarang, kenyataan sedemikian akan dicemuh sebagai sexist. Di mana minda kita sudah tertanam dengan dogma dan stigma, contohnya dalam kes ini, kesamarataan lelaki dan perempuan. Namun seperti biasa, saya peduli apa. Maka kali ini saya ingin mengajak pembaca mengembara idea yang mengatakan lelaki lebih superior daripada perempuan(wanita).
Acuan terkini
Sebelum itu, penting untuk kita eksplorasi tentang dogmatisma. Dogma – sesuatu konsep yang dianggap benar dan tidak perlu dipersoalkan. Contohnya demokrasi ciptaan barat yang diagung-agungkan semua. Sehinggakan ada sarjana Islam cuba menyatakan bahawa demokrasi turut disemai semasa zaman Nabi Muhammad dahulu lagi. Begitulah taksubnya kita dengan demokrasi.
Dogma ada tempatnya, namun dari semasa ke semasa ia perlu dilawati dan diselidiki semula.
Wahyu bagaikan kejutan elektrik
Surah An-Nisaa’ 4:34
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,.....Daripada ayat di atas, jelas Allah mengatakan bahawa lelaki telah diberikan kelebihan berbanding wanita dari segi kebolehan, kedudukan dan juga tanggungjawab. Malah perempuan disuruh taat pada suaminya. Malah seorang lelaki boleh beristeri empat namun tidak pula sebaliknya, malah lelaki diberi hak lebih dalam mewarisi harta dan sebagainya.
Namun ini bertentangan dengan logik akal yang mengatakan ini suatu yang tidak adil, diskriminasi dan penindasan terhadap wanita. Maka semestinya Islam itu tidak adil.
Hypothesis
Apa kata kita membuat hypothesis atau anjuran bahawa lelaki itu memang superior daripada wanita. Sekadar hypothesis, bahawa di dalam sistem alam semulajadi ini, lelaki diciptakan lebih superior daripada wanita. Maka ia akan diiringi dengan hak dan tanggungjawab yang lebih memihak kepada lelaki.
Kemudian kita menidak kelebihan(hak) mereka, kita samaratakan hak dengan wanita akibat daripada dogma yang kita peluk kini. Mungkinkah ini dikira sebagai pencabulan hak lelaki, penindasan terhadap mereka? Adakah ini akan mengubah corak hubungan antara lelaki dan wanita, suami dan isteri, ibu dan anak dan sebagainya? Dan jika kita melihat pada skop yang lebih besar, adakah ini akan mengacau struktur rumah tangga hingga ke peringkat masyarakat?
Ianya pasti akan memberi kesan, namun kesan yang bagaimana? Perlukah lagi lelaki mempunyai intuisi melindung wanita, menolong dan melayan dengan lemah lembut terhadap mereka? Patutkah lelaki berbelas kasihan apabila melihat seorang wanita menangis, atau patut dia melihat mereka sebagai seorang lelaki(samarata) yang menangis? Mungkinkah disebabkan itu, kini lelaki sudah tidak memainkan lagi peranan sebagai pelindung kepada kaum wanita?
Penggantian
Jika di dalam hypothesis tersebut, anda bersetuju dengan kenyataan di atas, maka kita berbalik ke persoalan pangkal. Adakah lelaki dan wanita itu sama dan patut dilayan dengan sama? Lelaki dan perempuan sangat jelas perbezaannya dari segi fizikal, fisiologi, pemikiran, sifat, kecenderungan dan sebagainya.
Namun persoalan superior-inferior ini membawa perasaan yang tidak selesa kepada wanita moden. Jadi mungkin lebih 'politically correct' menggunakan perkataan ‘berbeza’ dalam mencirikan hubungan antara lelaki dan wanita(bukan superior-inferior), dan menggantikan kesamarataan dengan ‘keadilan’ yang mengikut definisi sarjana Islam – meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adakah lelaki dan wanita itu berbeza? Ya, jawapan akal yang waras.
Indah khabar daripada rupa
Peralihan kepada hubungan yang disyorkan oleh Islam tidak semudah yang dipandang. Kelebihan dan hak pada lelaki bukan mutlak tanpa dipersoal, dan juga datang dengan pakejnya seperti bertanggungjawab membelanjakan nafkah pada isteri, membuka pintu kereta untuk isteri(haha), mengorbankan tubuhnya menepis peluru(hahaha) dan sebagainya.
Adakah hubungan sedemikian akan menyelesaikan masalah sosial yang melanda kita? Buang bayi luar nikah, suami yang mendera isteri, tidak menunaikan nafkah dan sebagainya. Tidak sepenuhnya, kerana ianya bergantung pada lelaki untuk faham akan hak dan tanggungjawabnya. Seperti kuasa yang diberi pada pemerintah, begitulah jua pada lelaki, adakah mereka akan menggunakannya dengan saksama.
Anjakan minda
Begitulah konsep yang menggegar minda manusia, apabila logik minda kita dilonjak ke tahap ‘pesisir minda manusia’ yang hanya mampu dicapai dengan merenungi ayat al-Quran. Apabila sesetengah sarjana Islam dan pendukung Islam liberal cuba mempertahankan bahawa Islam melayan lelaki dan perempuan secara sama rata, al-Quran membawa pemikir kepada hakikat lelaki dan wanita itu, yang mungkin akhirnya membawa kita kepada penyelesai masalah ketamadunan manusia. 'Quantum leap' minda inilah yang membuktikan al-Quran sebagai satu mukjizat. Jadi di sinilah tercetusnya idea bahawa dogma yang kita junjungi tidaklah seindah kata.
Terserah pada Allah swt.
Yeehhaaa lelaki lagi superior!!
Salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berfikir sebelum berkata.
Blog ini tidak menyokog konsep 'baling batu sorok tangan' atau dengan nama lain pengecut. Komen yang diberi tanpa nama(sekurang-kurangnya nama singkatan), tidak akan diluluskan.