Salam
Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.Saya ingin ajak pembaca menerokai tentang sekularisma.
Az-Zumar 39:5
Sekularisma boleh dikatakan bermula kurun ke-16, di mana ketika itu Nicolaus Copernicus telah mengeluarkan hypothesis matahari sebagai pusat alam (heliocentric) manakala bumi serta planet lain mengelilinginya. Ini bertentangan dengan pendirian Gereja Katolik ketika itu yakni, berdasarkan interpretasi mereka terhadap kitab bible ketika itu, bumi sebagai pusat alam (Ptolemaic). Galilei Galileo turut bersetuju dengan pendapat itu berdasarkan pemerhatian pergerakan planet-planet. Kedua-dua mereka telah dilarang gereja untuk menyebarkan kajian tersebut. Akibat menerbit buku The Dialogue on the Two Chief World Systems, Galileo telah dipenjara seumur hidup.
Sikap gereja ketika itu berbeza dengan sejarah sebelum ini di mana mereka melahirkan ahli falsafah seperti Thomas Aquinas. Jangan terkejut bila tahu, Galileo sebenarnya merupakan penganut Katolik yang taat. Beliau kecewa dan berpendapat pihak gereja tidak patut campur tangan jika sebuah hasil kerja saintifik itu bertentangan dengan interpretasi kitab bible.
Jika kita lihat ayat 39:5 di atas, ia juga nampak menggambarkan bahawa bulan dan matahari mengelilingi bumi, lagi-lagi jika kita hidup di abad sebelum ke-16. Namun jika kita hidup di abad ke-20, kita akan tahu tiada percanggahan antara ayat tersebut dan penemuan saintifik. Kerana kita tahu bahawa matahari tetap beredar, tetapi bukan mengelilingi bumi, sebaliknya pada paksinya di dalam bima sakti.
Charles Darwin juga menerima cemuhan dan ejekan daripada gereja malah rakan saintis lain apabila beliau mengajukan teori evolusi-nya yang dihujahkan atas pemilihan semulajadi(natural selection) di dalam bukunya The Origin of Species. Manusia dikatakan bernenek moyangkan monyet bertentangan dengan ajaran gereja bahawa mereka berasal daripada keturunan Adam dan Hawa yang turun dari syurga.
Malah penemuan tersebut juga bertentangan dengan ajaran Islam. Maka teori tersebut ditolak mentah-mentah oleh kita.
Namun ahli saintis berpegangan agama yang terbuka mindanya, kini bersetuju dengan teori tersebut cuma ianya berlaku pada kadar yang minima(microevolution) namun tidak sampai hingga ke skala mampu mengubah monyet menjadi manusia(macroevolution). Masakan tidak, jika manusia semua bernenek moyangkan Adam dan Hawa, maka bagaimana wujud pelbagai bangsa dengan berbagai warna kulit, raut wajah, ketinggian, warna mata dan sebagainya. Sekali lagi, penemuan saintifik tidak lari daripada ajaran agama.
Namun kedua-dua peristiwa inilah contoh sebab berlakunya pemecahan antara 'semangat' agama dan 'semangat' sains. Seolah-olah kita perlu memilih antara Tuhan dan mencari kebenaran, sedangkan ianya patut datang bersama.
Sudah nyata lagi jelas bahawa hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bagaimana manusia membuat interpretasi pun, hak sesuatu perkara itu hanya Allah yang ketahui. Ini mengingatkan saya tentang penerangan Aistotle/Plato bahawa kita hanya mampu mengetahui dengan lebih mendalam sesuatu itu dari semasa ke semasa. Namun kita tidak akan dapat tahu sifat hakiki sesuatu itu sampai bila-bila.
Sekularisma bukan sahaja 'terpaksa' dibentuk akibat penapisan penemuan sains oleh ahli agama, malah juga disebabkan penyalahgunaan kuasa dan penindasan oleh mereka dalam pentadbiran di empayar-empayar Eropah atas nama agama.
Kenapakah Renaissance mampu bangkit di Eropah ketika itu? Kerana mereka telah 'meninggalkan' agama mereka dan memilih untuk mencari kebenaran melalui sains, kerana mereka 'terpaksa' memilih.
Sejarah berulang lagi. Seperti mana gereja telah membawa Eropah ke Zaman Gelap-nya, sebegitulah, 'ahli-ahli agama' Islam jugalah yang telah membawa kejatuhan tamadun Islam. Di puncak ketamadunan satu ketika dulu, ketika itulah ahli-ahli agama telah mengajak umat Islam 'meninggalkan' urusan dunia lari daripada kehidupan materialistik. Disangkakan kemusnahan dunia semakin hampir, umat diajar mengasingkan diri dan menjebakkan diri dalam kesufian(mysticism). Maka wujudlah kelompok umat Islam yang tidak mempedulikan hal dunia, dan hanya memerap di masjid mengagung-agungkan guru-guru tarekat mereka, suatu keganjilan berbanding Islam yang diajar nabi. Ahli-ahli agama juga telah menjadikan Islam 'keras', dengan terlalu tertumpu pada fiqah agama dengan terlalu terperinci(berapa pergerakan dibenarkan dalam solat, berapa nafas ketika membaca fatihah, pembacaan niat dan sebagainya).
Di zaman kegelapan Islam sekarang ini, ahli-ahli agama jugalah yang menjadi pembakar semangat kepada pejuang berani mati yang meletupkan diri membunuh orang awam atas nama Islam(seperti pengeboman hotel di Jakarta). Dan mereka yakin bahawa mereka akan masuk ke syurga, masakan tidak setelah mempercaya bulat-bulat apa yang diajar tok guru mereka, hanyalah jika mereka mempunyai kewarasan walaupun sedikit.
Ramai juga yang melibatkan diri dalam pergerakan tabligh, yang pada hemat saya tidak memahami 'semangat Islam. Pergi meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah, sampai seminggu hingga berbulan, sesetengah hingga ke luar negara untuk mencari ketenangan di rumah Allah. Setelah pulang, mula ketagih balik ketenangan yang telah dikecapi, maka tinggallah lagi si polan anak isterinya. Bukankah ketenangan yang dikurniakan Allah itu boleh dikecapi di mana-mana? Tahajud itu sendiri boleh diamalkan di rumah.
Inilah cerita sekularisma yang tidak diceritakan. Sekularisma yang sebenarnya patut dipersalahkan pada ahli agama. Sekularisma ini memisahkan umat Islam daripada dunia realiti melahirkan umat yang jumud dari segi politik, ekonomi dan sosial. Umat yang tumpul akal fikirannya disebab tidak berani mempersoal, cetek pengetahuan kerana memperendah urusan dunia.
Rakan saya pernah bertanya, "Kenapa kau selalu salahkan orang agama?"
Inilah sebahagian daripada jawapannya. Mereka adalah punca kita berada pada keadaan kita sekarang. Namun tiada siapa yang berani bersuara malah mungkin tiada siapa pun pernah sangka.
Kerana apa? Kerana mereka adalah pihak authoratif di dalam bidang agama, dan sebahagian daripada mereka menggunakannya pada jalan yang salah.
Kenapa? Panjang ceritanya, kalau ada masa nanti saya ceritakan.
Salam azzad,
BalasPadamTak semua org agama yg sekularisma…dalam tulisan Imam Hassan Al-Banna – Antara semalam & hari ini, beliau menulis faktor2 yg menghancurkan negara Islam. Salah satu factor beliau tulis adalah mengabaikan ilmu-ilmu teknologi & sains sebaliknya menghabiskan masa dgn teori falsafah & ilmu-ilmu khayal yg mandul.
Org Islam yg faham Islam & kembali pada Islam akan brjaya dunia & akhirat….wallahualam
ujai
aku pembaca...
BalasPadamsalam..mintak maaf artikel ini kurang jelas..
soal adam dan hawa dan beruk tadi..
jelaskan lagi..
saya tidak bersetuju menyalahkan orang agama..
kalau benar pon sebenarnya mereka bukanlah org yg benar2 beragama..
Berkenaan evolusi, secara umumnya kita tahu Islam menyanggah idea yg mengatakan manusia berasal daripada beruk menerusi evolusi.
BalasPadamNamun saintis beragama kemudian akui bahawa perubahan evolusi itu berlaku cuma pada kadar yang minima. Mereka memanggilkannya microevolution. Contohnya masyarakat eskimo di kutub mempunyai susuk tubuh gempal, mata yang sepet, rentetan drpd cuaca yang ekstrem di sana. Ini sesuai dengan teori pemilihan semulajadi(natural selection).
Dan kalau kita kaji betul2, jika manusia benar berasal hanya daripada Adam dan Hawa, semestinya kewujudan manusia pelbagai bangsa dengan perbezaan fizikal(warna mata, kulit) membuktikan bahawa perubahan pada manusia(evolusi) itu berlaku. Ilmu biologi asas membolehkan kita fahami apa yang saya cuba sampaikan.