Berhijab dan pandai bergaya itu - anggun.
Tidak bertudung dan berpakaian sopan itu - cantik.
Berpakaian seksi itu - menarik, tapi bahaya.
Berhijab tetapi tidak bergaya itu - bosan.
Bertudung dan berpakaian ketat - tersangatlah hodoh.
Berani bersuara dan bijak berkata itu - macho.
Berani bersuara tetapi kurang bijak memilih perkataan itu - hilang macho.
Mempunyai pendapat tetapi senyap sahaja -adalah seorang pengalah (loser).
Orang yang hanya pendam perasaan - adalah bahaya.
Orang yang di depan senyap, di belakang cakap macam bagus - adalah sampah.
Mereka yang depan pura-pura baik, belakang suka mengumpat pasal orang lain - lagilah sampah.
Pakai kasut bila berjalan - satu kebiasaan.
Perempuan yang pandai bergaya dengan kasutnya - menarik.
Perempuan yang pakai kasut tumit tinggi - sangat menarik.
Perempuan memakai but musim sejuk - nampak eksotik.
Perempuan yang pakai kasut sukan (sport shoes) setiap hari, selain untuk bersukan - berdosa.
Yang cerdik dan sangat rajin berusaha - adalah cemerlang dan terbilang.
Yang cerdik tetapi usaha biasa sahaja - adalah sia-sia.
Yang intelek biasa, tetapi usaha gila-gila - adalah juara.
Yang belum buat apa-apa, sudah berfikiran negatif - sangat malang.
Yang dapat biasiswa tetapi banyak main saja - sangat kasihan.
Yang dapat biasiswa, tetapi sibuk main gitar, merokok berlagak bergaya, sibuk bercinta - mampuslah.
Ingin belajar kemahiran seperti memimpin, berpidato, bersosial dan sebagainya, - adalah bagus.
Mereka yang tahu rasa malu itu adalah perkara yang pasti dan perlu dilalui semua - hidup dalam dunia realiti.
Yang takut malu dan cepat patah semangat - sangat rugi.
Yang fikir semua ni tidak perlu, hanya ingin jadi orang biasa saja - adalah manusia kelas bawahan.
Yang ingat sudah pegang jawatan, dia sudah cukup hebat - sangat bodoh.
Perempuan cantik yang matang fikirannya pada usia muda - sukar dijumpai dan digemari saya.
Perempuan yang cuba mematangkan diri - mempunyai potensi menjadi calon isteri saya.
Perempuan yang tidak memilih dalam mencari pasangannya - murahan.
Perempuan cantik yang gedik - sangat menjengkelkan.
Perempuan yang tidak cantik, tetapi gedik - meloyakan.
Perempuan yang sangat cantik dan suka perhatian yang diberikan lelaki - tidak akan bahagia.
24 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
berhijab tetapi begaya itu-TABARRUJ
BalasPadamtidak bertudung tetapi berpakaian sopan itu-BERDOSA
berpakaian seksi itu-mendekatkan diri kepada ZINA
bertudung dan tidak bergaya itu-OK asalkan sentiasa kemas
bertudung dan berpakaian ketat-memang HODOH
pakai kasut ketika berjalan itu-PERLU
perempuan yg bergaya dgn kasutnya-jangan BERLEBIHAN
perempuan yg pakai kasut tumit tinggi dan winter boot itu-BISING
perempuan yg pakai kasut sukan setiap hari-berdosaKAH? apa DALILnya?
perempuan cantik yg matang pada usia muda-WUJUD di mana-mana
perempuan yg cuba mematangkan diri-menjadi calon org yg MATANG juga
perempuan yg tidak memilih mencari pasangannya-ISTIKHARAHlah
perempuan cantik yg gedik-diTEGURlah
perempuan tidak cantik yang gedik-diTARBIAHlah
perempuan yg sangat cantik dan suka perhatian lelaki-BERTAUBATlah
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya biasanya tak izinkan komen tanpa bernama. Adalah lagi baik kalau si penulis komen tulis namanya, jgn sekadar menyorok setelah membuat kenyataan.
BalasPadamyang tidak menyorok,
BalasPadamsyakirah.
Haha, susah betul kalau orang ambik semua yang kita tulis as literal meaning, right? Gila annoying kekadang.
BalasPadam